kehidupan
rasa terkongkong yang sentiasa hadir dalam jiwa kadang kala pemberontakan yang tak lekang . aku ingin manjadi seperti remaja lain . bebas melakukan apa sahaja yang terlintas difikiran . belajar daripada kesilapan itukan lebih baik dari langsung tidak kenal tentang erti cabaran dan rintangan dalam setiap kehidupan . terlalu bnyak yang telah aku hadapi sebelum ini . masaalah pergolakan keluarga yng tak pernah terhenti . masaalah pergaulan yang tak pernah ada penghujungnya .bermulalah dari primary methodist girl school sehinggalah ke university Tun Abdull Razak .terpaksa korbankan impian demi memuaskan hati abah . aku akan cuba untuk paksa diri untuk cintakan bidang tersebut walaupun tersasar jauh dari impian aku yang sebenar .
Impian
mpian hanya tinggal khayalan, tetapi aku tak akan berhenti berusaha untuk kecapi impian tersebut walaupun hari ini aku tersasar jauh dari impian yang sebenar . bercita-cita untuk mendalami ilmu kesenian tidak kiralah dalam apa jua bidang . mungkin jika berpeluang aku teringin untuk merasai kesemua bidang yang dinamakan seni . aku ingin menjadi seorang anak seni yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi . aku bercita-cita untuk memajukan lagi industri perfileman negara ke peringkat antarabangsa . turur bersama mengejar kemodenan dengan negara luar . berlumba-lumba meningkatkan kualiti setanding atau jauh lebih tinggi dengan negara luar . seperti yang kita lihat industri perfileman dimalaysia kini semakin mundur . kenapa filem dan drama-drama sekarang sukar untuk melekat di hati kita ? dimana silapnya ? pada skripnya ? cara pengarahan directornya ? juru kemera dan produksinya ? para pelakon ? dimana silapnya ? kenapa filem-filem sekarang sukar untuk berada lama di carta pawagam ? kenapa filem-filem sekarang tidak seperti filem P.Ramlee ? Deddy M.Borhan yang mengarahkan filem azura sehingga mencatatkan filem melayu pertama malaysia yang berjaya mencatat carta Box-Office . Dato yusof Haslam , Yasmin Ahmad , Rasyid Sibir , Afdlin Syauki , Aziz M.Osman jenerasi-jenerasi peganti syamsul yusof , pierre Aundre , Farid Kamil aku teringin jadi seperti mereka . bukan hanya pada bidang pengarahan aku juga amat meminati bidang penulisan sehingga sekarang aku cuba memperbaiki cara pengarangan dari masa ke semasa . aku juga teringin mengkaji dan memberi kesegaran semula kesenian yang semakin lapuk ditelan zaman seperti wayang kulit , mak yong dan cara pengurusan di sebalik tabir ,teater . harapan menjadi harapan tanamkan azam dan tanam semangat pasti akan hadir sinar jawapan . sunyi aku rasa .duduk rumah tiada teman untuk bersembang , berkongsi masaalah , bergurau . nasib ada peneman yang sentiasa ada dari aku kecil hingga dewasa sekarang dia saja tempat pengubat luka buat sementara .
![]() |
| akak syg ayu <3 |

