Saturday, August 4, 2012

senyuman dan gelak tawa lama rasa nya tidak terukir. sejak pertama kali kau hadir .ia mula terukir kembali. ya aku bahagia.alhamdulillah.rasa takut tak pernah padam . maaf jika merimaskan dgn soalan yang sama. aku sudah penat disakiti. harap kau faham. sayang aku ikhlas itu juga yang aku harap dari kau . 

Thursday, July 19, 2012

selamat tinggal memory

macam biasa ! aku takut dengan perasaan aku . keputusan aku ? sungguh aku tak nak rasa sakit yang dulu . cukup aku serik. jauhkan dari yang ingin menyakiti, permain, hati aku penuh parut hiris. 

ya aku pasti, aku rasa bahagia itu. tapi persoalan itu yang membuat kan hati aku berbelah bagi .ketakutan itu yang membuat aku resah dan tertanya. betol kau jujur? kau ikhlas ? terima kasih kau hadir dalam hidup aku . takdir tuhan, terimakasih ALLAH. tapi dalam mata kau jelas terlihat masih ada cinta 'dia' . hati aku sakit 

takdir ? tak sangka kau hadir dalam hidup aku . hilangkan duka aku . sehingga aku tekad tinggal kan semua kenangan lalu. jika takdir dan jodoh yang ALLAH tentukan itu berpihak pada kita aku mahu kau yang terakhir . mungkin ini terlalu awal . dan memang ia terlalu awal . jangan hati ini terluka lagi sudah . jika keikhlasan cinta yang kau berikan, aku akan balas berganda pada kau . 


Saturday, June 30, 2012

jangan nak pelik pelik sangat ehh !

aku serahkan semuanya kepada mu ALLAH . itu saja cara untuk aku lebih tenang dan terima segala ketentuan dengan hati yang terbuka . lagi satu jangan nak dilayan sangat perasaan . gila ! nak ulang balik kesalahan lalu ke ? mainan perasaan je tu :) mungkin dia hadir dimasa aku rindukan kenangan lalu .


ya tuhanku jauhkan aku dari sifat manusia yang ingin menyakiti ku . mempermainkan ku lindugilah hatiku. amin 

Thursday, May 24, 2012

hitung 29.05.2012

lebih kurang empat hari lagi abang aku kan di  ijab kabulkan. perasaan aku bercampur tak sabar, gembira, sedih, takut . dia abang aku dunia akhirat. sungguh tuhan saja tahu sayang aku pada dia tidak terkira. dia lah abang dialah kekasih dia lah sahabat . sentiasa memahami, tangisan dan kesedihan aku akan terhenti dibuatnya. kegembiraan dan senyuman yang terukir dibuatnya. tempat aku mengada, mengedik harapan aku kasih sayang dia takkan pudar pada hari yang kelima dan berikutnya. ingat aku adalah adikmu dunia akhirat, harta mu, darah daging mu,waliku jika tiada bapaku, imam ku, guruku, serta buku tekap ku, apa yang baik apa yang jahat pada diri kau itu lah yang aku contohi dari kecilku.  jangan diubah dan terubah, abang.

tenang

alhamdullillah selesai solat maghrib walaupun agak lewat aku teruskan, selesai aku terus mengaji dan teruskan dengan solat isyak . sungguh besar kebesaran allah, jiwa aku yang gundah dada aku yang sesak hati yang perit dan sakit serta kesedihan aku hilang sekelip mata . walaupun bayangan itu masih bermain di minda . syukur terima khasih YAALLAH . aku mahukan kehidupan seperti ini sepanjang hidup ku . sentiasa berharap agar solat aku keesokan harinya akan cukup lima waktu . amin . tiada siapa yang lebih megerti dan memahami perasaan aku hanya ALLAH S.W.T . setiap apa yang dia tentukan dan segala dugaan yang aku hadapi pasti ada hikmah dan pasti ALLAH telah aturkan sesuatu yang indah untuk aku . bersyukur kerana ujian yang diberi untuk aku sedar dan buat kesalahan untuk kedua kali ini untuk aku belajar buka mata dan hati bahawa bisikan hati aku ini salah . ini mungkin cara ALLAH untuk meyedarkan hamba nya . 

Wednesday, May 23, 2012

SESAK

INGAT LAH PADA ALLAH MAKA SEGALA RASA YANG MENYESAK HATI SEGALA GUNDAH GULANA , SEGALA SAKIT HATI , KESEDIHAN , PASTI AKAN BERLALU PERGI . 


*CUKUPKAN SOLAT 
*SENTIASA LAH BERZIKIR

Monday, May 14, 2012

BINGGUNG !

dua ke tiga tahun dari sekarang, dimana akan aku berada ? masa depan aku ? jalan mana yang harus aku pilih ? dapatkah aku bahagiakan mak dan abah ? aku sendiri binggung memikirkan jalan yang masih samar, hitam dan gelap itu. setiap manusia pasti ada cita dan impian bukan. tapi aku ? 
ilmu yang mahu ku kumpul pun masih terkapai kapai apatah lagi dalam bidang pekerjaan kelak. rasa bersalah menyesal teramat bila ilmu itu telah aku sia kan selama ini. penat lelah bertitisan peluh abah mencari rezeki untuk ilmu yang aku hanya beli dan sia kan . 

#aku tekad penggal yang seterusnya aku akan berusaha semaximum mungkin sehabis daya mungkin. lakukan ini semua untuk kebahagiaan mak dan abah.