alhamdullillah selesai solat maghrib walaupun agak lewat aku teruskan, selesai aku terus mengaji dan teruskan dengan solat isyak . sungguh besar kebesaran allah, jiwa aku yang gundah dada aku yang sesak hati yang perit dan sakit serta kesedihan aku hilang sekelip mata . walaupun bayangan itu masih bermain di minda . syukur terima khasih YAALLAH . aku mahukan kehidupan seperti ini sepanjang hidup ku . sentiasa berharap agar solat aku keesokan harinya akan cukup lima waktu . amin . tiada siapa yang lebih megerti dan memahami perasaan aku hanya ALLAH S.W.T . setiap apa yang dia tentukan dan segala dugaan yang aku hadapi pasti ada hikmah dan pasti ALLAH telah aturkan sesuatu yang indah untuk aku . bersyukur kerana ujian yang diberi untuk aku sedar dan buat kesalahan untuk kedua kali ini untuk aku belajar buka mata dan hati bahawa bisikan hati aku ini salah . ini mungkin cara ALLAH untuk meyedarkan hamba nya .