Wednesday, January 26, 2011

masih sama

dada aku sesak 
penuh dengan rasa sesuatu ? benci rasa bodoh itu 
aku tercari cari tapi bila nampak aku lari aku sedih aku menangis
kenapa rasa itu masih sama? luka langsung tak nampak tapi sakitnya .
aku sedar aku masih sayang .katakan bagaimana untuk aku lupa 
kau ubah segalannya kau ajar segalanya dan itu semua menjadi sebati 
teman teman tak akan faham bukan ? aku sudah cuba tapi masih sama
tolong aku rasa mahu mati aku mahu tidur hanya seketika itu memadai
untuk berhenti memikirkan dia . kenapa dia ?
sekarang aku tiada teman untuk berkongsi tentang ini
mereka dengan hal hidup mereka . aku faham . 
tadi aku nampak kau . sekali lagi . ceritakan bagaimana untuk aku lupa 
setiap waktu pasti terlihat bayangan kau . 
aku rasa ingin berlari salam dan cium tangan kau seperti dulu . mustahil kan ?
aku menjauh untuk buang perasaan itu . tapi bila keputusan itu dibuat
jadinya lain ! seakan kau makin dekat .rindu itu . membuat hati sakit
kenapa aku perlu bodoh .

Monday, January 24, 2011

im sick of crying, tired of trying, im smiling but inside im dying

jumpa kawan kawan , pergi class , bergurau senda , sesi perli memerli , sesi kutuk mengutuk , gelak tawa  aku berlakon ? tu pun ada yang perasan . sehabis baik aku cover pun kantoi . aku perlu ego aku perlu sombong  korang tak tahu kenapa . jadi anggap lah ia suatu perubahan tak perlu pertikaikan . tak payah nak kecoh lah kan . aku tidak pernah lupa saat kita bergembira bersama wahai teman , aku perlu jauh  jikalau semua tahu sebabnya pasti korang paham kan ? maaf . 


sombong , menjauh , lari dari segala kewujudan kau. bukan membenci ! aku perlu buang kau lupakan kenangan, buang sayang buang cinta . kerana ? semua itu buang masa .
bukan kau yang mahu kita berenggang ? bila aku menjauh "bila bosan susah baru cari" kau melampau ! kau berbelitlah , apa kau nak ? aku turut dan aku menjauh  masih lagi salah aku.kalau kau tahu sakit bila menjauh . aku menjauh , aku lari dari bayangan kau tapi aku masih tercari cari . kenapa? kau bukan yang terbaik untuk aku tapi kenapa ? aku tak pernah lupa . buang air mata . kenapa aku sedih?

aku penat,buntu tiada lagi cara . aku bodoh buang waktu sedangkan kau ? tak pernah terfikirkan ? kau gembira . aku ? memang bodoh . kenapa perlu kau ubah segalanya kenapa tidak kau biar aku tersadai dulu ? biarkan kesilapan itu  biarkan aku hanyut  apesal nak tolong ?  kau manusia ego . 

kita hanya cerita , cerita dongeng . seronok membaca bila di akhir jalan cerita kita tergelak sebab cerita rekaan dongeng yang sangat bodoh ! merepek . si penulis kurang bakat tidak idealistik . boleh dikatakan bangang ! sudah beli buang duit . macam aku dengan kaulah .

eyhh buang masalah . kau buang masa aku . aku bosan ! aku dah cuba tapi masih sama . aku mahukan lelaki yang seperti kau . mana nak cari sampai hujung dunia pun aku tak akan jumpa kan? macam aku cakap lah tuhan hanya cipta seperti kau hanya kau sorang tak ade punye yang sama . kau tua !poyo,mengelabah, gila, kerek. kawan kawan aku lah cakap tapi mereka tak kenal kau . aku tahu kau baik  , ada otak , tapi BODOH dan sangatlah EGO .

aku tak sabar nak pergi jauh dari unirazak . tempat tu penuh dengan setan . kelana central ? banyak sangat kenangan . nasib! aku dah tak jejak tempat tu lagi . bila aku lalu sedih weyh . kenangan..syukurlah masih ada teman yang memahami dia gila,hot sangat,kelang kabut dia . HAHA . sentiasa mendegar. walaupun dia sudah ada cinta tapi dia masih lagi memahami aku , walaupun sekarang dah kurenglah kan . tak apa aku paham . dia bahagia aku bahagia lihat dia , aku tak mahu lihat dia sedih macam dulu sebab aku tahu rasanya .aku sayang dia. sahabat


pada kau bila agaknya aku akan lupa . tolong pergi sejauh mana kau boleh . aku harap suatu hari kau akan faham . sayang dan cinta aku . ikhlas   tapi! aku tekad tolong kau pergi jauh . aku tak mahu lagi . kenangan dulu tetap menjadi harta berharga buat aku .

Sunday, January 23, 2011

mintak dengar sahaja

susah nak cari seseorang yang betul betul faham diri kita selain diri kita sendiri . kadang kadang ibu bapa aku sendiri tak pernah nak faham kehendak anak dia.aku tahu setiap apa sahaja perkara yang kita lakukan mesti dapat restu ibu bapa .kalau tak . gelap gelitalah jalan kau tuh . betul ke ? ahhhh . kesah pulak orang kan?dari aku kecik sampailah besar sekarang semua perkara yang aku buat bukan atas dari minat dan kehendak aku semuanya dirancang dan ditentukan ibu bapa aku . kalau tak ? aku kenalah !dapat kakak dan abang pun macam tak ada function . memang abang aku segala galanya . tapi ! kadang kadang mereka berdua walaupun dah besar otak masih letak dekat lutut ! dari kecik aku hidup semua keputusan yang ibu bapa aku buat aku turut . sampaikan perkara yang melibatkan masa depan aku pun aku turutkan jugak .walaupun aku langsung tak minat . peluang aku untuk bersuara langsung tak ada , bila aku bercakap nak luahkan apa yang aku rasa mereka salah erti . apa bole buat ? "diam&turut" kenapa kakak dan abang aku bole bersuara dan membantah , bole memilih jalan kehidupan mereka sendiri aku tidak ? hidup bebas , mereka salah jalan dan terbabas mak dan abah berdiap dan memberi peluang . kenapa aku tak diberi peluang untuk megenal dunia diluar sana ? kenapa aku tidak dibenarkan untuk membuat silap ? belajar dari kesilapan itu boleh mematang dan mengajar diri kita sendiri . tengok apa jadi pada diri aku sekarang , untuk berkawan aku masih lagi takut , untuk bergaul aku masih lagi kekok . salah siapa ? aku jugak ? abah memang selalu memberi . apa sahaja keinginan aku . tapi bukan itu semua yang sepatut nya aku dapat selepas semua kata kata mereka aku turut ? dan masa depan aku sendiri aku serahkan pada tangan mereka . tak patut ke aku dapat ? setiap kali pemberian yang aku dapat kau abang dan akak  pertikai kan . dah apehal ? kakak dan abang kau tak sedar . sudah banyak mak dan abah berhabis untuk kamu . kau tak nampak ? HAH . dah lupa ke ? atau kamu tak pernah meganggap semua itu berharga . mak dan abah pulak . apa lagi ? semua aku turut . aku langsung tak minat tapi aku ikutkan . apa lagi ? kadang kadang aku rasa kawan dan teman yang lebih memahami diri aku . lepas semua kehentak aku turut ini yang aku dapat . sampai bila ? aku cuma mahu sedikit ruang untuk aku berkata kata dan meluahkan segalanya , apa yang aku mahu hanya mendengar dan berfikir .

Friday, January 21, 2011

kau pengesat
bagi setiap air mata
badut bila perlu tawa 
guruku bila perlu diajar
nasihat bila arah tak pasti
tembok bila mula sesat
pengejut bila lena bermimpi

teman gurau senda  , tercari cari juga yang serupa tak pernah jumpa .
Allah mencipta seperti kau , hanya lah kau tiada yang lain
aku cuba jalani hari tanpa kau , kata kata nasihat akan ku ingat

semakin jauh kenapa ? salah siapa ? yang terjadi ?
tiba tiba semua berubah , mimpi buruk, kenapa ?
hapuskan semua kenangan . aku,kau hanya angan
itu semua hanya mimpi elly! bangun ! sedar ! kau hanya bermimpi
mimpi didalam lamunan . bila tersedar dari mimpi
itu semua menjadi mimpi buruk
hanya mimpi buruk .....

bila aku jauh dari larangan kau
ingat pada waktu itu
untuk lupa cuba untuk kehidupan lama
bila aku cuba hapuskan larangan itu makin kuat ingatan pada kau
kau ubah segalanya tanpa pernah ingin megerti
kesannya hingga kini

sentiasa memahami segalanya 
sentiasa tahu bila waktu dia diperlukan .
tapi bila aku berduka kerana kau ? sukar untuk kau megertikan ? 
kau sentiasa memahami perasaan aku .
tapi mengapa perasaan aku pada kau , kau tak pernah megerti ?

Dan
masih tersembunyi,
saat dulu kenangan indah
untuk ia berulang mungkin mustahil
terima kasih sahabat 
terima kasih abang

Thursday, January 20, 2011

korang terhebat !!

 
saya megambil diploma tourism management tapi hanya bercampur dengan budak2 hotel management je . saya kan budak hot !
mne nak berkawan dengan mereka2 yang sangat serabut tuh . 
hehehehe (gile poyo)..
baru sem nih lah aku rasa sangat2 seronok pergi class .
heeee . satu hari tak bahan orang memang tak sah kan ? HAHAHA . terima kasih kamu kamu kerana membuat hari2 ku indah .. ecehhhhhh.

arrogant

aku sombong sangat kan .
dah tak tahu cerita diam je .
nak kecoh sangat apesal ? maaf lah banyak2 ye <3 . 
bukan tak nak tegur aku malas nak berkawan
dengan manusia yang akan buat aku ingat balik dia .
bekawan dengan korang memang satu kenangan BEST .
korang cool . tapi nak rapat macam dulu .....

Sunday, January 2, 2011

get lost !!

im begging F please 
aku dah rasa terlalu sakit untuk lupakan kau dulu
aku mengalah aku lemah 
tapi dia hadir , aku bangun untuk kuat 
akhir, aku dapat bangun tanpa ada kau disisi
terima kasih pada dia . 
tapi kenapa sekarang kau muncul ?
apa sebenarnya ? apa maunya?
tolong jangan untuk yang kedua kali
aku dah alami hari hari yang sukar untuk lupakan kau
sukar untuk lupa kenangan waktu dulu
benar aku masih sayang tapi untuk mengaku cinta 
aku sendiri tidak yakin 
masih kah aku cinta ? tiada jawapannya . 
semuanya aku serahkan pada takdir . 
tapi aku akan cuba  tidak untuk yang kedua kali. 

Saturday, January 1, 2011

happy new year 2011

azam 2011:
aku tak nak hidup macam dulu . aku tak nak lemah macam dulu .tiba2 terfikir start sem baru pergi class terus balik . tiada masa nak merepek repek . rase mcm tak perlukan kwn2 yang dulu . buat hidup aku serabut! aku bahagia dengan bestie aku sekarang . katakan tidak pada !!!!!! . xad mase nak rapat dgn ke mcm dulu la bro . nampak kw aq trus cabut . bagus kan ? jauhi babi gila sebab dye boleh buat hidupkan bertambah sesat! HAHA . focus study dapatkan diploma dan lepastuh ke boleh belajar apa saja kau suka elly . syokkk kan klw dpt handle kn  tv show ,jd director ke ? jadi pengacara yang mengendalikan rancangan berbentuk  tourism ke ? "angan-  angan" amin......