
susah nak cari seseorang yang betul betul faham diri kita selain diri kita sendiri . kadang kadang ibu bapa aku sendiri tak pernah nak faham kehendak anak dia.aku tahu setiap apa sahaja perkara yang kita lakukan mesti dapat restu ibu bapa .kalau tak . gelap gelitalah jalan kau tuh . betul ke ? ahhhh . kesah pulak orang kan?
dari aku kecik sampailah besar sekarang semua perkara yang aku buat bukan atas dari minat dan kehendak aku semuanya dirancang dan ditentukan ibu bapa aku . kalau tak ? aku kenalah !dapat kakak dan abang pun macam tak ada function . memang abang aku segala galanya . tapi ! kadang kadang mereka berdua walaupun dah besar otak masih letak dekat lutut ! dari kecik aku hidup semua keputusan yang ibu bapa aku buat aku turut . sampaikan perkara yang melibatkan masa depan aku pun aku turutkan jugak .walaupun aku langsung tak minat . peluang aku untuk bersuara langsung tak ada , bila aku bercakap nak luahkan apa yang aku rasa mereka salah erti . apa bole buat ? "diam&turut" kenapa kakak dan abang aku bole bersuara dan membantah , bole memilih jalan kehidupan mereka sendiri aku tidak ? hidup bebas , mereka salah jalan dan terbabas mak dan abah berdiap dan memberi peluang . kenapa aku tak diberi peluang untuk megenal dunia diluar sana ? kenapa aku tidak dibenarkan untuk membuat silap ? belajar dari kesilapan itu boleh mematang dan mengajar diri kita sendiri . tengok apa jadi pada diri aku sekarang , untuk berkawan aku masih lagi takut , untuk bergaul aku masih lagi kekok . salah siapa ? aku jugak ? abah memang selalu memberi . apa sahaja keinginan aku . tapi bukan itu semua yang sepatut nya aku dapat selepas semua kata kata mereka aku turut ? dan masa depan aku sendiri aku serahkan pada tangan mereka . tak patut ke aku dapat ? setiap kali pemberian yang aku dapat kau abang dan akak pertikai kan . dah apehal ? kakak dan abang kau tak sedar . sudah banyak mak dan abah berhabis untuk kamu . kau tak nampak ? HAH . dah lupa ke ? atau kamu tak pernah meganggap semua itu berharga . mak dan abah pulak . apa lagi ? semua aku turut . aku langsung tak minat tapi aku ikutkan . apa lagi ? kadang kadang aku rasa kawan dan teman yang lebih memahami diri aku . lepas semua kehentak aku turut ini yang aku dapat . sampai bila ? aku cuma mahu sedikit ruang untuk aku berkata kata dan meluahkan segalanya , apa yang aku mahu hanya mendengar dan berfikir .