Thursday, May 24, 2012
hitung 29.05.2012
lebih kurang empat hari lagi abang aku kan di ijab kabulkan. perasaan aku bercampur tak sabar, gembira, sedih, takut . dia abang aku dunia akhirat. sungguh tuhan saja tahu sayang aku pada dia tidak terkira. dia lah abang dialah kekasih dia lah sahabat . sentiasa memahami, tangisan dan kesedihan aku akan terhenti dibuatnya. kegembiraan dan senyuman yang terukir dibuatnya. tempat aku mengada, mengedik harapan aku kasih sayang dia takkan pudar pada hari yang kelima dan berikutnya. ingat aku adalah adikmu dunia akhirat, harta mu, darah daging mu,waliku jika tiada bapaku, imam ku, guruku, serta buku tekap ku, apa yang baik apa yang jahat pada diri kau itu lah yang aku contohi dari kecilku. jangan diubah dan terubah, abang.
tenang
alhamdullillah selesai solat maghrib walaupun agak lewat aku teruskan, selesai aku terus mengaji dan teruskan dengan solat isyak . sungguh besar kebesaran allah, jiwa aku yang gundah dada aku yang sesak hati yang perit dan sakit serta kesedihan aku hilang sekelip mata . walaupun bayangan itu masih bermain di minda . syukur terima khasih YAALLAH . aku mahukan kehidupan seperti ini sepanjang hidup ku . sentiasa berharap agar solat aku keesokan harinya akan cukup lima waktu . amin . tiada siapa yang lebih megerti dan memahami perasaan aku hanya ALLAH S.W.T . setiap apa yang dia tentukan dan segala dugaan yang aku hadapi pasti ada hikmah dan pasti ALLAH telah aturkan sesuatu yang indah untuk aku . bersyukur kerana ujian yang diberi untuk aku sedar dan buat kesalahan untuk kedua kali ini untuk aku belajar buka mata dan hati bahawa bisikan hati aku ini salah . ini mungkin cara ALLAH untuk meyedarkan hamba nya .
Wednesday, May 23, 2012
SESAK
INGAT LAH PADA ALLAH MAKA SEGALA RASA YANG MENYESAK HATI SEGALA GUNDAH GULANA , SEGALA SAKIT HATI , KESEDIHAN , PASTI AKAN BERLALU PERGI .
*CUKUPKAN SOLAT
*SENTIASA LAH BERZIKIR
*CUKUPKAN SOLAT
*SENTIASA LAH BERZIKIR
Monday, May 14, 2012
BINGGUNG !
dua ke tiga tahun dari sekarang, dimana akan aku berada ? masa depan aku ? jalan mana yang harus aku pilih ? dapatkah aku bahagiakan mak dan abah ? aku sendiri binggung memikirkan jalan yang masih samar, hitam dan gelap itu. setiap manusia pasti ada cita dan impian bukan. tapi aku ?
ilmu yang mahu ku kumpul pun masih terkapai kapai apatah lagi dalam bidang pekerjaan kelak. rasa bersalah menyesal teramat bila ilmu itu telah aku sia kan selama ini. penat lelah bertitisan peluh abah mencari rezeki untuk ilmu yang aku hanya beli dan sia kan .
#aku tekad penggal yang seterusnya aku akan berusaha semaximum mungkin sehabis daya mungkin. lakukan ini semua untuk kebahagiaan mak dan abah.
Sunday, May 13, 2012
TERIMA KASIH ALLAH
syukur alhamdullillah aku masih diberi nafas untuk teruskan hidup. apa yang berlaku itu semua telah tertulis aku redha aku berserah. Allah telah atur kan sesuatu yang terbaik untuk aku. syukur diberi peluang dan di tunjukkan segala kebenaran apa sebenarnya pilihan. jiwa aku yang tidak tenteram semakin pulih dan terubat setelah doa yang aku panjatkan. terima kasih YA ALLAH. kerana kesakitan itu mata aku terbuka untuk terlihat anugerah yang telah allah berikan pada aku. ya, aku masih ada mak dan abah, kakak serta abang malah sahabat yang sentiasa setia bersama. kerana mereka aku bangkit, aku kuat dan usaha untuk tinggalkan segala kenangan bodoh yang pernah aku lalui bersama manusia manusia yang ada akal tapi tidak pernah digunakan.
bersyukur itu tunggak segalanya. bersyukur akan menjadikan kau manusia yang sangat bahagia. dan sentiasa ingat pada Allah dalam setiap apa jua keadaan itu kunci segalanya.
megingat masa lalu, kemudian terlalu asyik berinteraksi dengannya dan bersedih hati atas masa yang telah berlalu, merupakan kebodohan dan kegilaan,hanya akan mematikan keinginan serta menghancurkan kehidupan saat ini. tidak ada kesedihan yang dapat megembalikannya, tidak ada kesusahan yang dapat memperbaikinya, tidak ada rasa jenuh yang dapat membenarkannya, ataupun rasa sakit hati yang dapat membangkitkannya, kerana ia pada hakikatnya sudah tiada lagi. angin menghembus ke depan air mengalir ke depan, aku tidak mahu menjadi manusia yang menentang jalan kehidupan.
ALLAH sentiasa memerhati dan berada disisi aku .
Subscribe to:
Posts (Atom)