Sunday, May 13, 2012

TERIMA KASIH ALLAH

syukur alhamdullillah aku masih diberi nafas untuk teruskan hidup. apa yang berlaku itu semua telah tertulis aku redha aku berserah. Allah telah atur kan sesuatu yang terbaik untuk aku. syukur diberi peluang dan di tunjukkan segala kebenaran apa sebenarnya pilihan. jiwa aku yang tidak tenteram semakin pulih dan terubat setelah doa yang aku panjatkan. terima kasih YA ALLAH. kerana kesakitan itu mata aku terbuka untuk terlihat anugerah yang telah allah berikan pada aku. ya, aku masih ada mak dan abah, kakak serta abang malah sahabat yang sentiasa setia bersama. kerana mereka aku bangkit, aku kuat dan usaha untuk tinggalkan segala kenangan bodoh yang pernah aku lalui bersama manusia manusia yang ada akal tapi tidak pernah digunakan.

bersyukur itu tunggak segalanya. bersyukur akan menjadikan kau manusia yang sangat bahagia. dan sentiasa ingat pada Allah dalam setiap apa jua keadaan itu kunci segalanya. 

megingat masa lalu, kemudian terlalu asyik berinteraksi dengannya dan bersedih hati atas masa yang telah berlalu, merupakan kebodohan dan kegilaan,hanya akan mematikan keinginan serta menghancurkan kehidupan saat ini. tidak ada kesedihan yang dapat megembalikannya, tidak ada kesusahan yang dapat memperbaikinya, tidak ada rasa jenuh yang dapat membenarkannya, ataupun rasa sakit hati yang dapat membangkitkannya, kerana ia pada hakikatnya sudah tiada lagi. angin menghembus ke depan air mengalir ke depan, aku tidak mahu menjadi manusia yang menentang jalan kehidupan.

ALLAH sentiasa memerhati dan berada disisi aku .