Showing posts with label salah satu dari karya ku .. Show all posts
Showing posts with label salah satu dari karya ku .. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

HASIL KARYA

di karang pada 4:13pg  oktober 23, 2010  (sabtu) .

Dari mata hari mula muncul sehingga ia mula untuk muncul semula air mata yang mengalir di pipi tak terhenti-henti mengalir. Sebak yang terkumpul dihati seakan-akan menikam pelusuk jantung. Rasa tertekan yang semakin membuat aku lemas sukar untuk aku ungkap kan. Rasa risau dan takut yang teramat makin membuak-buak. Takut akan kehilangan sesuatu yang amat berharga. Tergiang-giang di telinga, bermain-main di minda terdetik dihati apa akan berlaku sekiranya sesuatu yang berharga itu hilang sekelip mata meninggalkan aku kembali sendirian. Susah untuk ditunding. Salah atas diri siapa? Perbezaan umur kami yang mungkin membuatkan kami susah untuk memahami personaliti masing-masing. Apa yang sedang aku buat selalu disalah erti. Mengalah lebih baik daripada aku kehilangan berlian yang berharga buat selama-lamanya. Telan apa sahaja walaupun yang ditelan itu mampu membuat lidah dan tekak bernanah, biarkan hati menangis, biarkan sakit didada menahan sebak. Jari-jari yang dikurniakan Allah sudah tidak cukup untuk menghitung kesakitan daripada kata-kata yang diluahkan dari dia. Telan sahaja daripada ia hilang selamanya. Daripada dikira setiap pertolongan yang sentiasa diberikan. Nasihat yang melimpah-limpah hinggakan aku bisa tersedar dari mimpi, kebaikannya hanya aku dan Allah sahaja mengetahui. Hanya ampun dan maaf sahaja yang dapat aku berikan dan cuba sedikit demi sedikit ubah sikap yang akan membuatkan dia semakin muak. Jauh dari sudut hati aku sentiasa tertanya-tanya, terasa-rasa, terfikir-fikir adakah wujud dalam sudut hati dia perasaan“meyampah,meluat,benci’’ pada diri aku.atas kejadian yang telah terjadi. Maaf.maaf.maaf.maaf tiba-tiba terlintas difikiran tidak terwujudkah rasa dihati walaupun sedetik untuk menyelami kenapa aku bersikap seperti itu? Kenapa aku berperangai seperti itu? . adakah itu semua memang salah aku? Simpan sahaja dihati lebih baik dari menegakkan rasa ketidakpuasan. Sebagaimana hari sebelum-sebelumnya.
 p/s : hasil dari rintihan hati asli bukan cetak rompak 

Friday, November 5, 2010

perasaan ? kenapa hati tak keras seperti batu ?

Setiap hari ada sahaja yang tak kena.sedang bahagia nikmati kegembiraan tiba-tiba awan mendung kembali seakan-akan memahami setiap isi yang tersirat dihati. Hampir setiap hari air mata yang berlinang menjadi peneman aku dikala sunyi. Kenapa setiap manusia dikurniakan perasaan? Kadang-kadang aku bosan melayan perasaan aku sendiri. Lebih mudah jika hati aku ini keras seperti batu. Menjadi manusia yang tidak mempunyai perasaan. Tidak perlu rasa sebak,sedih,sakit,perit. Kenapa dalam setiap hati manusia perlu ada rasa rindu,sayang,harapan,cinta. Jangan mempertikaikan apa yang telah dikurniakan dari nya ada sebab dan muasabah sesuatu yang diberi pada diri kita dan yang terjadi pada kita. Cinta itu adalah anugerah daripada Allah. Dikurniakan pada kita rasa cinta untuk kita merasai nikmatnya. Terpulang kepada setiap individu itu sendiri membentuk cinta yang wujud dalam hati mereka. Aku makin muak dan bosan untuk bercinta. Setiap hari aku terfikir kenapa masih wujud lagi perasaan cinta dalam hati aku? Sakit bila kita mencintai seseorang tanpa dia sedar kita mencintainya. Setiap hari berjumpa,bergurau buat seperti manusia yang tidak mempunyai perasaan berlakon seolah-olah tiada apa yang terjadi padahal hampir setiap malam air mata tak berhenti-henti menitis menahan sakit, menahan rindu yang tiba-tiba datang tanpa diduga sakit memaksa diri melupakan semua perasaan yang membelenggu hati. Aku terpaksa melupakan perasaan yang wujud walaupun perit yang harus aku tempuh. Aku terpaksa. Kerana aku tahu cinta yang hadir ini tidak akan kemana.


p/s: hasil dari rintihan hati asli bukan cetak rompak