Setiap hari ada sahaja yang tak kena.sedang bahagia nikmati kegembiraan tiba-tiba awan mendung kembali seakan-akan memahami setiap isi yang tersirat dihati. Hampir setiap hari air mata yang berlinang menjadi peneman aku dikala sunyi. Kenapa setiap manusia dikurniakan perasaan? Kadang-kadang aku bosan melayan perasaan aku sendiri. Lebih mudah jika hati aku ini keras seperti batu. Menjadi manusia yang tidak mempunyai perasaan. Tidak perlu rasa sebak,sedih,sakit,perit. Kenapa dalam setiap hati manusia perlu ada rasa rindu,sayang,harapan,cinta. Jangan mempertikaikan apa yang telah dikurniakan dari nya ada sebab dan muasabah sesuatu yang diberi pada diri kita dan yang terjadi pada kita. Cinta itu adalah anugerah daripada Allah. Dikurniakan pada kita rasa cinta untuk kita merasai nikmatnya. Terpulang kepada setiap individu itu sendiri membentuk cinta yang wujud dalam hati mereka. Aku makin muak dan bosan untuk bercinta. Setiap hari aku terfikir kenapa masih wujud lagi perasaan cinta dalam hati aku? Sakit bila kita mencintai seseorang tanpa dia sedar kita mencintainya. Setiap hari berjumpa,bergurau buat seperti manusia yang tidak mempunyai perasaan berlakon seolah-olah tiada apa yang terjadi padahal hampir setiap malam air mata tak berhenti-henti menitis menahan sakit, menahan rindu yang tiba-tiba datang tanpa diduga sakit memaksa diri melupakan semua perasaan yang membelenggu hati. Aku terpaksa melupakan perasaan yang wujud walaupun perit yang harus aku tempuh. Aku terpaksa. Kerana aku tahu cinta yang hadir ini tidak akan kemana.
p/s: hasil dari rintihan hati asli bukan cetak rompak