di karang pada 4:13pg oktober 23, 2010 (sabtu) .
Dari mata hari mula muncul sehingga ia mula untuk muncul semula air mata yang mengalir di pipi tak terhenti-henti mengalir. Sebak yang terkumpul dihati seakan-akan menikam pelusuk jantung. Rasa tertekan yang semakin membuat aku lemas sukar untuk aku ungkap kan . Rasa risau dan takut yang teramat makin membuak-buak. Takut akan kehilangan sesuatu yang amat berharga. Tergiang-giang di telinga, bermain-main di minda terdetik dihati apa akan berlaku sekiranya sesuatu yang berharga itu hilang sekelip mata meninggalkan aku kembali sendirian. Susah untuk ditunding. Salah atas diri siapa? Perbezaan umur kami yang mungkin membuatkan kami susah untuk memahami personaliti masing-masing. Apa yang sedang aku buat selalu disalah erti. Mengalah lebih baik daripada aku kehilangan berlian yang berharga buat selama-lamanya. Telan apa sahaja walaupun yang ditelan itu mampu membuat lidah dan tekak bernanah, biarkan hati menangis, biarkan sakit didada menahan sebak. Jari-jari yang dikurniakan Allah sudah tidak cukup untuk menghitung kesakitan daripada kata-kata yang diluahkan dari dia. Telan sahaja daripada ia hilang selamanya. Daripada dikira setiap pertolongan yang sentiasa diberikan. Nasihat yang melimpah-limpah hinggakan aku bisa tersedar dari mimpi, kebaikannya hanya aku dan Allah sahaja mengetahui. Hanya ampun dan maaf sahaja yang dapat aku berikan dan cuba sedikit demi sedikit ubah sikap yang akan membuatkan dia semakin muak. Jauh dari sudut hati aku sentiasa tertanya-tanya, terasa-rasa, terfikir-fikir adakah wujud dalam sudut hati dia perasaan“meyampah,meluat,benci’’ pada diri aku.atas kejadian yang telah terjadi. Maaf.maaf.maaf.maaf tiba-tiba terlintas difikiran tidak terwujudkah rasa dihati walaupun sedetik untuk menyelami kenapa aku bersikap seperti itu? Kenapa aku berperangai seperti itu? . adakah itu semua memang salah aku? Simpan sahaja dihati lebih baik dari menegakkan rasa ketidakpuasan. Sebagaimana hari sebelum-sebelumnya.