datang kolej tapi mmbuang masa dengan melepak . class tak pergi . tapi benda lain yang dibuat . membazir duit dan membuang tenaga pada benda yang merugikan diri sendiri . hutang berjela jela kena dilangsaikan . bukan disengajakan . aku seperti tidak mempunyai semangat untuk memdalami ilmu . zaman sekarang nak mendalami ilmu kena bayar berpuluh ribu . kalau aku hadir tapi ilmu yang diberi seperti melarikan diri dari minda , apa gunanya ? pensyarah membebel , berbuih buih mulut . tapi aku ? ilmu yang disampaikan terbang kemana ? sama sahaja kalau aku duduk dirumah dan tidur . kepala dan akal fikiran terfikirkan perkara yang sama . kau . kau . kau . kau . dan kau ..
sementra menungu dorang nie membebel buat skrip untuk tugasan mereka . dan aku hanya menjadi tunggul memerhati . mendegar . dorang gelak aku gelak . baik aku kongsi kan sesuatu untuk blog ini .

bayangkan kalau impian yang selama ini aku idam idamkan menjadi kenyataan . berangan , mengelamun pada benda yang aku sendiri tahu tak akan dapat berpeluang untuk mengecapinya . alangkah indahnya kalau aku dapat mendalami ilmu itu . betpa indahnya bila . aku boleh berpelung membikini filem yang mencecah jutaan ringgit dan box-office di seluruh pawagam dimalaysia ini . mahupun diluar negara . kenapa filem sekarang sukara untuk melekat dihati kita . merepek meraban . nak tiru negara luar tapi hasilnya ? mengarut ! . kita sebenarnya tidak cukup mendalami ilmu tentang industri seni ini dengan secukupnya lagi . tak berani mencuba . antara sebab dan alasannya . takut bankrup . takut untuk melabur . membuat filem hanya fikirkan keuntungan . bukan atas kepuasan diri sendiri . jika kita lihat pada industri perfileman negara barat . berhapisan berpuluh puluhan ribu malah berjuta - juta . untuk membuat filem tersebut nampak "real" maksud aku pada cerita eraban aku nie . sebagai contoh filem dari skop production . arahan syamsul yusof . evolusi kl drift . kereta yang berharga berpuluh puluh ribu digadaikan dengan stan stan yang sememang memangnya "real" dan penonton pun merasaai kepuasan tersebut .berbelanja lebih tapi kepuasannya ? sangat berbaloi .dialog? tanpa dialog berjela sekalipun, jika kena dengan bahasa visualnya, penonton masih memahami apa yang dirasa. bila gaknya kan ? dapat mendalami ilmu tersebut dan berkongsi dengan mesyarakat . bila dapat menghiburkan hati orang lain . kita puas ! banyakkan university dan kolej kolej sekarang megajar dalam bidang kesenian . broadcasting , pengurusan pentas , teater , tarian , mak yong , musik , pengarahan , pengarangan dan sebagainya . malangnya aku tak berpeluang untuk turut serta dalami ilmu tersebut . biasalah ibu bapa zaman sekarang . "tak akan kemana lah bidang nie . nanti nak makan pun tak cukup . kerja tak tetap , ada pasang dan surutnya " aku sebagai anak apa yang mampu aku buat ? hanya turutkan sahaja . habiskan pengajian , dan seterusnya aku akan cuba untuk belajar ilmu tersebut . masih belum terlambat bukan ?