Tuesday, November 2, 2010

Rahman daughter

Ellyqamyla bt rahman nama diberi . ABAH(Rahman Ahmad) dan EMAK(Fareedah Abd Aziz)  tahun 2010 ini berumur 18tahun dilahirkan pada 25 november 1992 di hospital pusrawi Kuala Lumpur . anak jati kuala lumpur yang sekarang menetap di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur Bangsar . mempunyai tiga orang adik beradik termasuk aku . syukur dikurniakan seorang abang yang sangat bertanggung jawab dan penyayang Eddy Jaffar dan seorang kakak ellyna . sukar diungkap dan gambarkan perwatakan diri ini seorang kurang bercakap dan susah untuk bercakap dan bergaul dengan orang yang baru dikenali . amat senang menitiskan air mata , amat pentingkan kepuasan diri orang lain berbanding diri sendiri , sanggup bersusah payah demi orang lain (bodoh kn ?) semua keputusan tentang apa sahaja ditentukan ibu dan bapa aku. aku tidak diberi kebebasan untuk membuat keputusan tentang semua perkara(itu lebih berkat)wlw pun hati aku terpaksa melakukan sesuatu perkara. semua manusia didunia tidak dilahirkan dengan kesempurnaan sepenuhnya pasti ada kekurangan begitu juga aku . diri ini tak lekang dek dosa . senang untuk aku ungkapkan kehidupan(sunyi&sepi)
kehidupan
rasa terkongkong yang sentiasa hadir dalam jiwa kadang kala pemberontakan yang tak lekang . aku ingin manjadi seperti remaja lain . bebas melakukan apa sahaja yang terlintas difikiran . belajar daripada kesilapan itukan lebih baik dari langsung tidak kenal tentang erti cabaran dan rintangan dalam setiap kehidupan . terlalu bnyak yang telah aku hadapi sebelum ini . masaalah pergolakan keluarga yng tak pernah terhenti . masaalah pergaulan yang tak pernah ada penghujungnya .bermulalah dari primary methodist girl school sehinggalah ke university Tun Abdull Razak .terpaksa korbankan impian demi memuaskan hati abah . aku akan cuba untuk paksa diri untuk cintakan bidang tersebut walaupun tersasar jauh dari impian aku yang sebenar .
Impian

mpian hanya tinggal khayalan, tetapi aku tak akan berhenti berusaha untuk kecapi impian tersebut walaupun hari ini aku tersasar jauh dari impian yang sebenar . bercita-cita untuk mendalami ilmu kesenian tidak kiralah dalam apa jua bidang . mungkin jika berpeluang aku teringin untuk merasai kesemua bidang yang dinamakan seni . aku ingin menjadi seorang anak seni yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi . aku bercita-cita untuk memajukan lagi industri perfileman negara ke peringkat antarabangsa . turur bersama mengejar kemodenan dengan negara luar . berlumba-lumba meningkatkan kualiti setanding atau jauh lebih tinggi dengan negara luar . seperti yang kita lihat industri perfileman dimalaysia kini semakin mundur . kenapa filem dan drama-drama sekarang sukar untuk melekat di hati kita ? dimana silapnya ? pada skripnya  ? cara pengarahan directornya ? juru kemera dan produksinya ? para pelakon ? dimana silapnya ? kenapa filem-filem sekarang sukar untuk berada lama di carta pawagam ? kenapa filem-filem sekarang tidak seperti filem P.Ramlee ? Deddy M.Borhan yang mengarahkan filem azura sehingga mencatatkan filem melayu pertama malaysia yang berjaya mencatat carta Box-Office . Dato yusof Haslam , Yasmin Ahmad , Rasyid Sibir , Afdlin Syauki , Aziz M.Osman jenerasi-jenerasi peganti syamsul yusof , pierre Aundre , Farid Kamil aku teringin jadi seperti mereka . bukan hanya pada bidang pengarahan aku juga amat meminati bidang penulisan sehingga sekarang aku cuba memperbaiki cara pengarangan dari masa ke semasa . aku juga teringin mengkaji dan memberi kesegaran semula kesenian yang semakin lapuk ditelan zaman seperti wayang kulit , mak yong dan cara pengurusan di sebalik tabir ,teater . harapan menjadi harapan tanamkan azam dan tanam semangat pasti akan hadir sinar jawapan .                                                                                                                                                                                          
fara slalu ckp "elly budak manje" sudah semestinya la kan.mungkin sifat dikongkong dan segala-galanya tentang aku mak dengan abah yang uruskan . tapi aku beruntung sebab ada kawan-kawan yang sentiasa ada disisi aku tak kira masa aku senang dan susah. syukur mereka memahami kehidupan aku yang kurang kebebasan macam remaja-remaja lain. ex student senior methodist girl school (MGS) dari situ aku mula belajar erti kehidupan , belajar kenali manusia tapi masih sukar untuk mengerti . melanjut kan pelajaran ke unitar makin banyak cabaran yang aku perlu tempuhi , makin kuat cabaran hidup . pelbagai-bagai jenis manusia yang aku jumpa . aku masih lagi terkapai-kapai mencari sesuatu yang aku sendiri tidak mengerti . syukur aku bertemu insan yang sentiasa ada disamping dan menjadi pembimbing aku untuk terus hidup didunia penuh cabaran ini.                                                                                                                                                                                                                                                                   
 sunyi aku rasa .duduk rumah tiada teman untuk bersembang , berkongsi masaalah , bergurau . nasib ada peneman yang sentiasa ada dari aku kecil hingga dewasa sekarang dia saja tempat pengubat luka buat sementara . 


akak syg ayu <3