Sunday, November 21, 2010

aku tak boleh belajar kalau kau masih main lari lari dalam kepala aku . aku , kau , semakin jauh . tapi aku tak boleh ambil hati aku yang ada pada kau . semakin aku lari . semakin kuat perasaan tu . aku dah cuba lari lari lari lari lari tapi . kau masih ada . aku cuba mencintai yang lain . tapi tak boleh . terseksa paksa diri cinta yang lain sedangkan hati aku masih ada pada kau . puas aku fikirkan cara untuk menjauh . wujudkan perasaan benci pada kau atas diri aku tapi diri aku sendiri sukar untuk


terima bile ia benar benar terjadi . sekarang aku susah nak rasa nikmat tidur . mata terkelip kelip . merasakan gantuk yang teramat . tapi fikiran aku tak berhenti berfikir . bila aku mula untuk tutup mata . kau hadir dalam bayangan aku . macam mana nak tidur !! fikir akan perkara yang tak akan mungkin terjadi berulang ulang kali . menangis tak henti henti memikirkan kau . aku benar benar rasa kosong . bila kita makin menjauh . susah untuk hidup tanpa kau disisi . kadang kadang aku terfikir perlu ke aku ambil benda terlarang untuk aku sembunyi dari kesakitan , untuk aku sembunyi dari kesedihan . sekurang kurangnya aku perlu dapatkan ubat untuk aku tidur dengan lena . untuk hentikan fikiran aku fikir tentang dia . adakah ia perlu ?

kembali kepada UNIRAZAK

terbantut plan aku ! nampaknya aku kene patah balik ke unitar . sumpah ! aku dah malas nak jejak kaki lagi . SMS yang dah lame aku tak pernah jengah .jengah lah sekejab tadi  BARRED ? only one subject . arghhh asal tak semua ? 

EXAM !!!!!!
  tak jadi berambus aku terpaksalah . nak buat macam mana . semua manusia yang belajar dekat unitar tengah pecah kepale belajar . aku pecah kepale fikir pasal benda bodoh tuh . exam 29 NOV elly !! bangun! macam mane aku nak belajar kalau kepala aku duk fikir pasal ** tahu tak macam mane seksa bila belajar tentang sesuatu yang langsung kita tak minat . AKU DIPAKSA ! nak tak nak aku kena buat . susah bila ibu bapa langsung tak nak bagi anak mereka peluang untuk luahkan apa yang lekat dekat hati nih . mula untuk belajar semuanya balik . satu haram tak masuk dalam kepala aku .sekarang aku kena pecah kepala belajar  account , marketingBARRED , English , management , ticketing  . daripada lima tinggal empat . apehal tak semua je kena barred ? jadi kalau barred semua itu boleh diguna pakai sebagai alasan . malangnya .... 

Wednesday, November 17, 2010

attention !!

you may think that you are nothing to me and said that you are not my number one brother . but deep inside i know that you're the only one who can made me a better person . you can see me sad and act so weird but remember your laugh is all i need to hear . i love you in every way as a brother and would not give you up for another . you are my angel that make everything better no matter how far away you are . your words of concern keep me going and your advice and helped me to stay flowing . these times have been tough but im lucky to have people like you . someone who cares and is aware when things aren't right . although it seems that we are becoming strangers . i know you are still there somewhere in my heart .
to: abang sapix omar

mata bengkak ! salah kau

 sumpah ! aku tak pernah lupa . pertolongan kau . kata kata nasihat kau . aku tanam dan semat dalam hati aku . kau sudah sama penting dengan keluarga aku . kau abang aku .walaupun kita tak sedarah tapi aku dah anggap kau penting dalam hidup aku .  mane aku boleh lupa . aku menjauhkan diri . hilang tiba tiba . kenapa ? tak ada sorang yang tahu selain sahabat yang sentiasa ada bersama aku disaat aku susah dan senang . bukan semua perkara kita boleh kongsi kan . mungkin dia perempuan jadi aku lebih selesa menceritakan segala hal . dan dia juga tahu semua perkara yang terjadi . terima kasih atiqah . kenapa kau tak pernah bertanya khabar aku . sehat ke ? mati ke ? maaf sebab menghilang tiba tiba , menjauh tiba tiba . aku bukan sengaja . ada sebab . maaf aku tak boleh ceritakan . aku bersyukur sebab tuhan temukan aku dengan kau  . kau dah banyak ubah aku . cara kehidupan aku  . terima kasih . aku tak pernah lupa . tapi kenapa aku diberi tanggapan macam tuh ? kenpa aku dengar dari mulut orang lain . bukan kau !!  kalau aku salah aku mintak maaf . maaf . maaf . dan maaf . kenapa kau tak terus terang dan tanya ?

Tuesday, November 16, 2010

bila sudah bosan&susah , bru cari ? :'(

happy nak datang kolej tadi . apehal mamat nie bawak berita choiii !!
hilang. bad mood terus   :(

  • menyesal aku datang kolej tadi
  • rasyid cakap"sapix cakap kau bila susah , bila bosan baru cari dye"
  • sampai hati kau 
  • mood : SENTAP , SEDIH :'(  
  • aku menangis tak berhenti henti lah wei
"apa salah aku ?"

Monday, November 15, 2010

-sayang +benci

aku memang tak ade makna langsung dalam hidup kau . terbukti . kau seronok kan aku tak ada . kau tak pernah langsung fikir pasal aku ? hidup ke , mati ke . tak pe . asalkan aku tahu kau bahagia . happy . kau tak payah tahu lah yang aku dekat sini macam mana . perasaan aku tak lagi berubah . masih cinta . berharap . tapi semakin hari rasa benci pada kau makin kuat . AKU BENCI !  . kau tahu tak macam mana susah aku nak lupakan kau . berlakon macam tak ada apa apa . BODOH ! aku rindu kau sangat . aku jadi macam ni semua sebab kau . lari dari semua benda .  tak endahkan pelajaran aku . kau tak tahu kan !  AKU BENCI KAU ! kalau boleh sampai bila bila aku tak nak tengok muka kau . tak nak tahu apa benda langsung pasal kau . tapi tak boleh . 

Sunday, November 14, 2010

hngout !

 lambat post syok tengok cerekarama + Do Re Mi .   gelak . gelak . gelak . gelak (luaran sahaja)


yeahhh seronok . hilang moody sekejab . keluar lepak lepak . makan makan . terimakasih teman teman .


kunci jam pukol 10 konon bole sangat la kan bangun awal . last2 HARAM . heee . kesian ekn msg call banyak kali aku buat bodo je . soryy . gantok syg . pkol 11:30 aku terjaga . mampos aku kena marah . ekn dah mengamok . uishhhh . sepantas kilat aku mandi . keluar bilik satu manusia pun tak hado . mandi . mandi . punye lah lama tuggu abah gn mak balik . wa sudah lambat . kawan kawan dah memekak . yang atiqah nie mane ? call pun edok jadi ke tak ?  BUNYI HA DENGAR ?  mak balik . yeahhh !!  KFC ooohhh tidak . sory kawan sangap KFC wehh . makan dulu . dan beredar ke sungei wang. macam ape dah sorang2 terpusing sana . terpusing sinun . ekn dgn kalida dekat pavi pulak . atiqah dengan semangat membaranya pergi bei fon(aku bila ? :(  nak jugak) . pusing punya pusing . pusing dan terus pusing . akhirnya ! MPH ! jadi ulat buku sekejab . 

"kita jumpa dekat tapanyaki" MAKAN ? ahh bedal lah . makan bole melepaskan sakit hati aku yang terbuku dalam dada nih kan . hahahaha . jumpa kalida dan ekn . dorang pergi makan kat bawah jiant . lepas tuh teman atiqah + family dia shopping . huh ! tengok je . bodo + bodo duit PT aku mana ha ? macam macam dah aku berangan nak beli . :(


meneruskan perjalanan kami ke klcc , selamat tinggal atiqah . wa chaw dulu yeh . sebulm sampai klcc . biasa lah menapak . wuissshh benda paling aku tak suka buat . BERJALAN MENGUNAKAN KAKI . tengok . peluh dah keluar . redah jeh . asalkan sampai ke destinasi . sampai pavi . dulu mase sekolah dapat pergi pavi bange gile nih . ha nak habak nih . snap sana . snap sinun . kat pavi tuh . bile aku jejak je kai sekang . apehal budak budak je semua . dah tuh macam batak(ap batak? ah redah jeh) berjalan dan trus berjalan . AHA ! klcc suda sampai .

pergi taman pusing satu taman tuh . makkkk aiiii . PANAS .berpeluh peluh + PANAS tengok manusia bercouple ni buat aktiviti tak berfaedah . taman tempat budak main buayan +++ . rehat , berkelah . tenangkan minda . jadi tak tenang lah minda aku dah tengok kolang buat bende merepek macam tuh . LARI !!! kami berhijrah pergi tempat lain . 


destinasi yang seterusnya teng . teng . teng .!! starbuck !! lepak + borek + telan air + mulalah aktiviti merapu .tangkap gambar macam makhluk terlepas zoo the leader syikin saiman




sambil tuh kita gayut dulu . sembang dengan MUIZ  lame tak jumpa rindu pulak kat kawan aku si tiang karat .  ingat nak ajak lepak ekn nak gorat dye . ewwwww muiz ada peminat . hahaha


rindu sangat sangat . kan seronok kalau ayam , nadia ada sekali  :(

i have so much fun today thnks friends <3

Saturday, November 13, 2010

kenapa kau tidak seperti semua lelaki yang mengenali aku sekarang . layan aku dengan baik ,belakang aku ? usah fikirkan . asalkan aku sendiri merasai keikhlasan mereka . sikap ambil berat meraka . terima kasih . tapi maaf beribu ribu maaf . aku telah cuba untuk teruskan . tapi pintu hati aku tertutup . rapat dan sangat rapat . sukar untuk aku cuba kecapi rasa cinta mereka . pintu hati aku tertutup kerana kau . hati aku ada pada kau . tulus pada kau . tiap tiap kenangan masih sukar untuk aku lupakan . setiap kali aku membalas "sms" dari mereka air mata aku menitis , mengalir dengan deras . terfikirkan "kenapa tidak kau ? kenapa bukan kau ?" aku bernekad untuk lupakan cinta itu . makin aku menjauh . lari dari segala hal yang membabit kan kau , cuba untuk wujudkan perasaan benci pada diri kau terhadap aku . makin kuat perasaan itu datang . sumpah ! aku rindu . tapi aku terpaksa lari dari kau .ah! kau tak akan peduli ? 

Thursday, November 11, 2010

penat cinta kau .

aku cuba untuk kuat . paksa hati dan perasaan serta akal fikiran    melupakan semua kenangan bersama . menjauhkan diri adalah cara terbaik . lari sejauh mungkin . lari dari bayangan kau . makin kau jauh . makin senang bukan . wujudkan perasaan benci dalam diri kau pada aku . agar kau benci . agar kau menjauh . hilang semua bayangan kau . aku telah nekad untuk pergi . pergi sejauh mungkin . berlari tinggalkan semua kenangan . selama mencintai kau aku hanya bertemankan kesakitan dan air mata . mencintai tanpa kepastian . mencintai sesuatu yang tidak pasti . bodoh bukan ? sedangkan kau sendiri tidak pernah tahu . berharap dengan penuh harapan . sampai bila ? jawapannya sudah ada di depan mata . bangun! buka mata! sedar elly . aku cuba lupakan semuanya . menghindar dari segala hal yang membabitkan kau . mengelak , bersembunyi daripada bayangan kau . paksa diri untuk lupakan semuanya . walaupun hati aku perit . YA Allah berat ujian ini . kenapa wujudnya perasaan cinta ini . aku penat menangis . aku menangs melepaskan semua kenangan itu . tiada siapa pernah megerti . cinta aku bukan satu pemainan  . tapi cinta hingga mati . kenapa sukar untuk kau megerti ? buat buat tak tahu ? atau kau sendiri tidak sedar . sejak kau hadir dalam hidup aku . kau sudah banyak membawa seribu makna dalan diri aku . banyak perubahan yang berlaku kerana kau . kenapa ? kerana aku mencintai . itu adalah satu jawapan bukan . kau tak sedar ? ya , kau seorang lelaki yang baik . terlalu baik . dulu kau sentiasa ada dalam apa pun keadaan . sekarang ? kau semakin menjauh . kerana itu aku menjauh . semakin hari hati aku sakit kerana kau . aku mengalah dan sentiasa mengalah . sembunyikan kelukaan itu . bila aku keseorangan tangisan tidak terhenti henti mengalir . kau tak tahu bukan ? kerana kau aku lupakan dia . dan sekarang kau ? sampai bila aku harus tanam harapan ? kerana itu aku nekad . lupakan semuanya . hindari semuanya . tapi aku tak mampu . kenapa kau hadir kembali ? setelah aku sakit buang semua cinta itu ? kenapa kau perlu ambil tahu ? bukankah kau lebih suka aku menjauh ? 

Wednesday, November 10, 2010

bangun dari tidur .


malu . malu . malu . aku ingat dah pagi rupanya ! malam lagi ?

dialog anta atiqah dan elly :-

elly : emmm . emmm
tiqah : woii tidur ke ? aisss gemuk lah wei tidur je 
elly : you tak pergi class ke ?
tiqah : hahahaha ! weii you ni gila ke apa ? malam lagi la dowh .
elly : (mengelamun sekejab , patut lah sunyi sepi je .)  larhhh i ingat dah pagi .
tiqah:wahahahahaha ! bngun !on9 la . i nak post kat wall lah .
elly:(mampos aku !) oke oke i bangun . 


coretan hati hari ini
aku telah mengikuti semua langkah kaki mu . 
dan berharap bisa memilikimu
berbagai cara telah aku lakuka untuk hidupmu 
hingga aku mengorbankan kehidupan ku
buka hatimu , buka sedikit buat ku
sehingga diriku bisa memilikimu 
betapa sakitnya , betapa peritnya hatiku
selalu dirimu tak megangap ku ada
p/s : benar aku menjauh , aku bernekad untuk cuba pergi meninggalkan semua perkara yang bisa mencuit bibit kenangan waktu dulu . aku lari dan terus berlari mencuba untuk menghapuskan semua perasaan ini . tapi aku tak mampu untuk menipu diri hati dan perasaan . aku sangat rindu .aku meyangkal . lari sejauh mana sekalipun . tapi aku masih berharap .

Tuesday, November 9, 2010

impian dan cita cita

datang kolej tapi mmbuang masa dengan melepak . class tak pergi . tapi benda lain yang dibuat . membazir duit dan membuang tenaga pada benda yang merugikan diri sendiri . hutang berjela jela kena dilangsaikan . bukan disengajakan . aku seperti tidak mempunyai semangat untuk memdalami ilmu . zaman sekarang nak mendalami ilmu kena bayar berpuluh ribu . kalau aku hadir tapi ilmu yang diberi seperti melarikan diri dari minda , apa gunanya ? pensyarah membebel , berbuih buih mulut . tapi aku ? ilmu yang disampaikan terbang kemana ? sama sahaja kalau aku duduk dirumah dan tidur . kepala dan akal fikiran terfikirkan perkara yang sama . kau . kau . kau . kau . dan kau ..


sementra menungu dorang nie membebel buat skrip untuk tugasan mereka . dan aku hanya menjadi tunggul memerhati . mendegar . dorang gelak aku gelak . baik aku kongsi kan sesuatu untuk blog ini .


bayangkan  kalau impian yang selama ini aku idam idamkan menjadi kenyataan . berangan , mengelamun pada benda yang aku sendiri tahu tak akan dapat berpeluang untuk mengecapinya . alangkah indahnya kalau aku dapat mendalami ilmu itu . betpa indahnya bila . aku boleh berpelung membikini filem yang mencecah jutaan ringgit dan box-office di seluruh pawagam dimalaysia ini . mahupun diluar negara . kenapa filem sekarang sukara untuk melekat dihati kita . merepek meraban . nak tiru negara luar tapi hasilnya ? mengarut ! . kita sebenarnya tidak cukup mendalami ilmu tentang industri seni ini dengan secukupnya lagi . tak berani mencuba . antara sebab dan alasannya . takut bankrup . takut untuk melabur . membuat filem hanya fikirkan keuntungan . bukan atas kepuasan diri sendiri . jika kita lihat pada industri perfileman negara barat . berhapisan berpuluh puluhan ribu malah berjuta - juta . untuk membuat filem tersebut nampak "real" maksud aku pada cerita eraban aku nie . sebagai contoh filem dari skop production . arahan syamsul yusof . evolusi kl drift . kereta yang berharga berpuluh puluh ribu digadaikan dengan stan stan yang sememang memangnya "real" dan penonton pun merasaai kepuasan tersebut .berbelanja lebih tapi kepuasannya ? sangat berbaloi .dialog? tanpa dialog berjela sekalipun, jika kena dengan bahasa visualnya, penonton masih memahami apa yang dirasa.  bila gaknya kan ? dapat mendalami ilmu tersebut dan berkongsi dengan mesyarakat . bila dapat menghiburkan hati orang lain . kita puas ! banyakkan university dan kolej kolej sekarang megajar dalam bidang kesenian . broadcasting , pengurusan pentas , teater , tarian , mak yong , musik , pengarahan , pengarangan dan sebagainya . malangnya aku tak berpeluang untuk turut serta dalami ilmu tersebut . biasalah ibu bapa zaman sekarang . "tak akan kemana lah bidang nie . nanti nak makan pun tak cukup . kerja tak tetap , ada pasang dan surutnya " aku sebagai anak apa yang mampu aku buat ? hanya turutkan sahaja . habiskan pengajian , dan seterusnya aku akan cuba untuk belajar ilmu tersebut . masih belum terlambat bukan ?

fahami

setiap detik detik dan saat bersama tidak pernah lekang dari ingatan walaupun sesaat . cinta dan sayang membunuh . sukar disebut dengan kata - kata kesakitan yang dirasai . air mata seakan akan terlalu gembira sehinggakan tidak terhenti - henti mengalir tatkala kenangan bersama sentiasa berputar diminda . sukar untuk dicampakkan setiap coret - coret kenangan bersama . ingatan tika bersama membuat kesayuan berkaca mata . walaupun semakin hari dikau semakin jauh . kenapa kenangan itu tidak pergi bersama kau tapi semakin mengekori aku ? kini suka dan duka harus aku sendiri . rindu aku pada waktu itu . sukarku senangku ada kamu .sungguh manis sewaktu pertemuan kita . tapi kenapa pahit yang mendatang kini ? aku terpaksa melangkah pergi jauh tinggalkan semuanya . kerana aku sedar itu semua hanya impian . maaf kerana terpaksa karangkan kebencian difikiran dan hatimu . aku terpaksa . hanya itu mampu aku lakukan agar engkau semakin jauh . aku sangat cinta . aku terseksa jalani kehidupan aku tanpa kau . tapi aku terpaksa . aku sangat rindu . aku perlu nafikan . tapi jauh disudut hati aku . rindu tak pernah terpadam . tiap saat aku tidak pernah terlupa untuk fikirkan dirimu . sumpah ! aku cuba untuk buang semua itu . tapi sukar . aku tak mampu . aku tak terdaya ..


p/s:hasil dari rintihan hati asli bukan cetak rompak

HASIL KARYA

di karang pada 4:13pg  oktober 23, 2010  (sabtu) .

Dari mata hari mula muncul sehingga ia mula untuk muncul semula air mata yang mengalir di pipi tak terhenti-henti mengalir. Sebak yang terkumpul dihati seakan-akan menikam pelusuk jantung. Rasa tertekan yang semakin membuat aku lemas sukar untuk aku ungkap kan. Rasa risau dan takut yang teramat makin membuak-buak. Takut akan kehilangan sesuatu yang amat berharga. Tergiang-giang di telinga, bermain-main di minda terdetik dihati apa akan berlaku sekiranya sesuatu yang berharga itu hilang sekelip mata meninggalkan aku kembali sendirian. Susah untuk ditunding. Salah atas diri siapa? Perbezaan umur kami yang mungkin membuatkan kami susah untuk memahami personaliti masing-masing. Apa yang sedang aku buat selalu disalah erti. Mengalah lebih baik daripada aku kehilangan berlian yang berharga buat selama-lamanya. Telan apa sahaja walaupun yang ditelan itu mampu membuat lidah dan tekak bernanah, biarkan hati menangis, biarkan sakit didada menahan sebak. Jari-jari yang dikurniakan Allah sudah tidak cukup untuk menghitung kesakitan daripada kata-kata yang diluahkan dari dia. Telan sahaja daripada ia hilang selamanya. Daripada dikira setiap pertolongan yang sentiasa diberikan. Nasihat yang melimpah-limpah hinggakan aku bisa tersedar dari mimpi, kebaikannya hanya aku dan Allah sahaja mengetahui. Hanya ampun dan maaf sahaja yang dapat aku berikan dan cuba sedikit demi sedikit ubah sikap yang akan membuatkan dia semakin muak. Jauh dari sudut hati aku sentiasa tertanya-tanya, terasa-rasa, terfikir-fikir adakah wujud dalam sudut hati dia perasaan“meyampah,meluat,benci’’ pada diri aku.atas kejadian yang telah terjadi. Maaf.maaf.maaf.maaf tiba-tiba terlintas difikiran tidak terwujudkah rasa dihati walaupun sedetik untuk menyelami kenapa aku bersikap seperti itu? Kenapa aku berperangai seperti itu? . adakah itu semua memang salah aku? Simpan sahaja dihati lebih baik dari menegakkan rasa ketidakpuasan. Sebagaimana hari sebelum-sebelumnya.
 p/s : hasil dari rintihan hati asli bukan cetak rompak 

Monday, November 8, 2010

happy birthday ayu !

happy bufday syg. kakak syg awk . dari kecik sampai besr kita sama2 kan ;)
mase tuh ayu kecik je tadika pun belum . heeeee <3
selalu kena mara kan ? padan ! marah sbb syg oke <3
" present "  hahaha . nanti k .

  

i LOVE you !!

Sunday, November 7, 2010

mak abah buat adik happy

family aku adalah segala - galanya . cuba untuk habiskan segala waktu yang ada dengan mak dan abah . itu lebih baik bukan ? walaupun aku sering berkasar dengan mak , itu bukan tanda aku tidak menyayanginya . mak aku adalah segala - galanya , mereka akan ada bersama tidak kira aku dalam apa jua keadaan sekali pun , walaupun mereka tidak tahu apa yang sedang aku lalui sekarang , mungkin ia juga bole menjadi ubat untuk luka - luka yang masih belum sembuh . walaupun tidak sepenuhnya ia terubat tapi sekurang - kurangnya beban aku berkurangan bila bersama mereka . (aku sangat rindukan dia) . Ya Allah aku mohon , hentikan tangisan dan kesakitan ini . 

seharian bersama mak dan abah 
  • makan dekat telawi bangsar
  • tolong mak beli barang dapur di TMC 
  • MCD ! sementara tayangan
  • yeahhh movie di mid velly . sumpah ! best gile .. 
  • makan . makan . makan . makan . (steam boat) biasalah abah klw keluar tak makan tak sah :p
P/S : terima kasih, adik sayang abah&mak  

Saturday, November 6, 2010

tidur


dari semalam aku tidur  . tengahari tadi aku bangun makan . on9 . tido balik . pukol 1.30pg tadi aku bangun balik . sakit kepala yang teramat . macam nak terkeluar bijik mate aku . mungkin sebab air mata nie suka sangat mengalir . mate aku tak cukup rehat .fikiran tak habis-habis memusing cerita ynag sama  . jadi aku bangun . makan ubat . sambung tido . arghhhhh sejuk ! bangun balik . mkan . dan sekarang tengah on9 . aku tak tahu la knapa aku banyak sangat tido hari ni . tido lagi bagus kan daripada terjaga . dalam tidur minda aku tak ada lah asyik terfikirkan dia + air mata pun tak membazir . 



  • fon aku dalm kereta dari malam semalam . entah ada brapa banyak miss call
  • sory tiqah tak dapat join party tadi . p/s mood tak ada , tido ..

Friday, November 5, 2010

tak kuat

YaAllah . berat ujian yang aku terima .aku tak cukup kuat untuk ujian ini. aku dah tak sanggup untuk menitiskannya lagi . kenapa kau pertemukan aku dengan dia ? manis sungguh pertemuan itu . sekarang ? aku sendirian . kenapa kau wujudkan cinta itu . maaf teman-teman kadang kala aku sukar untuk s kadang-kandang aku terpaksa tersenyum tapi hati aku penuh tangis . kenapa segala - galanya perlu berubah ? aku harus kuat . jangan menoleh lagi . tinggalkan segala kedukaan . aku cuba . tapi kesakitannya? . amat dalam luka ini. aku tak sanggup . aku rindu . air mata ini takberhenti-henti menitis . kenangan waktu itu sentiasa bermain di minda . persoalan sering tertanya - tanya . apa yang sebenarnya berlaku ?  sakit dan tawa aku tidak pernah diambil peduli . 

so much fun today thnks friends!
p/s : im suffer . sakitnya bila kita terpaksa senyum tapi dalam hati penuh tangisan .berpura-pura dlm segala hal . terlalu berat dugaan aku terima .sedangkan dia langsung tidak pernah fikirkan . dan dia langsung tidak tahu aku sangat menderita . kerana dia .

perasaan ? kenapa hati tak keras seperti batu ?

Setiap hari ada sahaja yang tak kena.sedang bahagia nikmati kegembiraan tiba-tiba awan mendung kembali seakan-akan memahami setiap isi yang tersirat dihati. Hampir setiap hari air mata yang berlinang menjadi peneman aku dikala sunyi. Kenapa setiap manusia dikurniakan perasaan? Kadang-kadang aku bosan melayan perasaan aku sendiri. Lebih mudah jika hati aku ini keras seperti batu. Menjadi manusia yang tidak mempunyai perasaan. Tidak perlu rasa sebak,sedih,sakit,perit. Kenapa dalam setiap hati manusia perlu ada rasa rindu,sayang,harapan,cinta. Jangan mempertikaikan apa yang telah dikurniakan dari nya ada sebab dan muasabah sesuatu yang diberi pada diri kita dan yang terjadi pada kita. Cinta itu adalah anugerah daripada Allah. Dikurniakan pada kita rasa cinta untuk kita merasai nikmatnya. Terpulang kepada setiap individu itu sendiri membentuk cinta yang wujud dalam hati mereka. Aku makin muak dan bosan untuk bercinta. Setiap hari aku terfikir kenapa masih wujud lagi perasaan cinta dalam hati aku? Sakit bila kita mencintai seseorang tanpa dia sedar kita mencintainya. Setiap hari berjumpa,bergurau buat seperti manusia yang tidak mempunyai perasaan berlakon seolah-olah tiada apa yang terjadi padahal hampir setiap malam air mata tak berhenti-henti menitis menahan sakit, menahan rindu yang tiba-tiba datang tanpa diduga sakit memaksa diri melupakan semua perasaan yang membelenggu hati. Aku terpaksa melupakan perasaan yang wujud walaupun perit yang harus aku tempuh. Aku terpaksa. Kerana aku tahu cinta yang hadir ini tidak akan kemana.


p/s: hasil dari rintihan hati asli bukan cetak rompak

everyday i love you

I don't know but I believe ,That some things are meant to be ,And that you'll make a better me ,You know that 
I,learn somethng new everyday.Cos I believe that destiny ,Is out of our control (don't you know that I do) ,It's a touch when I feel bad ,It's a smile when I get mad ,All the little things I am,Everyday I love you ,Everyday I love you boy ,Everyday I love you ,If I asked would you say yes? ,Together we're the very best ,I know that I am truly blessed ,Everyday I love you ,And I'll give you my best ,Everyday I love you ...

Ku persembah cinta suciku Buat insan yang ku sayangi  Selamilah kasih sucinya cintaku Tulusnya cintaku hanya kepadamu Mampukah kau mengerti Perasaanku kepadamu Dan tulus kasih hanyalah untukmu Mampukah kau selami Jauh ke dasar hati ini hanya namamu yang tersembunyi Ku harapkan kau mengerti cintaku seadanya kasih Ku inginkan kebahagiaan Bersamamu oh selamanya

Wednesday, November 3, 2010

kawan baik baru .

noratiqah rahimi .1st jumpa masa orientation . baru jumpa dah bergosip . cousin you gila ! hahaha..gile tak gile la kan dia . kepala you dengan i same je . sebab tu kita boleh gt long . i dengan you pantang jumpa lelaki(meroyan)kalau boleh semua lelaki dekat unitar tu kita nak .last-last habuk . dulu you meroyan dengan bavaria kan ? wehhh der tak dapat lah .i dengan budak nerd tapi comel kan ? dua-dua kita tak dapat . pernah  gaduh . you yang cakap pasal crock ? tengok ! i yang kena . siot la you nie . past is past . benda kecik pun dorang nak besar-besarkan . tengok kita cool je  :p .  kita boleh bercakap bersembang benda yang sama ulang-ulang tanpa bosan . you memang best lah .sanggup dengar rintihan hati i sampai sekarang kan . kelakar lah der mase lue dengan bigfoot tuh . patah hati kan ? chill .tengok sekarang tanpa diduga . cehhh! jodoh you datang kan ? i bile :( ?  jangan nak gelojoh sangat lah kan . tuhan tu maha adil ? hambik dye bagi yang lagi besar dekat you . hahaha . please ! jangan citer banyak2 benda tu dengan i(geli) . thnks sebab selama nie you yang menjadi     peneman dikala duka . i tahu you sayang i kan ? i pun sayang you sangat sangat dan sangat .
hangout one utama . 1 nov 2010
thnks buat i hapy balik.

UNIRAZAK ??

zaman persekolahan sudah berlalu pergi . sekarang aku sudah menjejakkan kaki ke "university" konon! pada mula aku menjejakkan kaki aku masih lagi terpingga-pinga mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti . perasaan memberonak aku semakin membuak-buak . mendalami ilmu atas sebab paksaan itu sesuatu bebanan bukan ? aku meminati bidang lain . telah aku cuba untuk menegakkan ketidakpuasan hati tapi semua itu hanya sia-sia.target sebenar :
  • ASWARA (akademi seni budaya & warisan kebangsaan) fakulti musik @ teater
  • LIMKOKWING(university of creative technology)comunication,media&broadcasting/design inovation/ sound and music design.
  • KLMU(broadcasting&film)
impian tinggal harapan . aku terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat abah . cuba dan paksa diri untuk meminati bidang yang ditentukan(tourisms)



aku jumpa jugak teman-teman . perkara yang paling aku risaukan . ada ke kawan ? siape kawan aku ? macam mne aku nak survive tanpa kawan-kawan aku yang dulu ? akhirnya jumpa . ramai kawan-kawan . semuanya gila ! haha. tapi tak semua kawan-kawan boleh menjadi sahabat bukan ?

sejak aku mula menjadi pelajar di unitar . kehidupan aku yang dulu sekarang terus berubah . aku tidak lagi rasa terkongkong , aku boleh keluar dari matahari terpakcak hingga matahari nak terpacak balik . lepak-lepak .  perkara yang dulu aku langsung tak berpeluang untuk buat . bergaul dengan rakan yang lebih tinggi usianya dari aku . perkara yang aku tak pernah nak tahu manjadi tahu . tapi keseronokkan itu tidak bukan untuk selamanya . baru brapa bulan belajar macam-macam hal berlaku . adat lah kan ? sekarang campus dah berpindah jauh dari tempat aku tinggal . makin malas la aku nk blaja . pergi kolej tak masuk class . duduk melepak dekat snooker . sampai bila ? 28.november fnal . quiz tak pernah buat . assingment tak hantar . presantation tak buat . repeat ? aku buang masa selama ini . fikirkan sesuatu yang tak patut aku fikirkan . 




Tuesday, November 2, 2010

sahabat E.K.A.N.S

Semakin hari semakin cepat waktu berlalu.tak sangka zaman persekolahan sudah berlalu pergi,pejam celik zaman remaja aku makin pendek, umur makin meningkat,cabaran makin banyak mendatang.terdetik rindu pada Methodist yang dulu kami tak sabar-sabar untuk tinggalkan. Dari situlah pemulaan hidup aku bermula.dari situ aku mula kenal cabaran, musuh dalam persahabatan, erti cinta, sahabat sejati, tiap-tiap coret kenangan kami abadikan. Dari situ aku kenal erti kawan dan sahabat .
farah atiqah ismail susah aku nak cari serupa macam kau . aku rindu kau sangat . syg aku faham keadaan kau . kita berdua sibuk kejar ilmu dunia . apa pun jadi aku tetap sayang kau macam dulu . lupakan semua kenangan duka yang  kita lalui masa sekolah dulu(sahabat songsang ku)hahhaha.mulakan hidup yang baru . rindu nk date bawah pokok,belakang class macam dulu kan? yelah sebab aku jadi bodyguard !! cover kau dengan ****** date .ingat tak kau nangis sebab kena marah dengan aku ?sumpah kelakar !! kau manusia yang paling paham dan kenal dengan perangai aku . thnks sbb slma nie sanggup sabar .thnks AYAM! tke cre , lov you so muchh .
                                                                                                                      


nurul nadia ashari . antara kami yang ni lah yang paling terhangat dipasaran . dye yang paling cun .tersangat lah cantik . lembut je . gade lebih . suare dye sape je denger boleh cair . nampak je lembut tapi dye lah paling gile ! redah je semua . babe, aku tahu apa yang kau dah lalui . past is past kan .start hidup baru .paling best pasal nadia . semua dye redah . waktu habis sekolah tiap-tiap hari bertukar driver  . cool !! sampai bile nak duduk rumah ha ? tak payah dengar sangat cakap dye boleh kn ? ibu dah suruh sambung belajar kn . so pegi je k. aku tahu kau tengah bahagia sekarang . aku turut happy tengok kau happy nadia . aku tahu kau cuba untuk jadi setia tak macam dulu kan . dia boleh jaga kau .tapi tak semestinya dia bileh kongkong kau sampai macam tu kan ?kau buat yang terbaik oke . aku tahu kau kuat . aku sentiase ada untuk kau . aku sayang kau sangat-sangat sayang <3


kalidah khalid a.k.a kelly antara ramai-ramai yang ni lah paling gedik ! pantang jumpa camera . ingat lagi tak video kau pasal geng bechok? hahaha .pasal suar luntur pun  boleh gaduh kan. apalah ! dulu mase sekolah kita selalu gaduh kan ?kan kau group lain time tuh . dan SEBAB KAU GEDIX !! hahha..akhirnya kita "best friend"kn. aku sayang kau sangat . kau dah dapat sijil kan n tunggu time untuk sambung diploma  . harapan aku nk tengok kau berjaya tunjuk kan kau boleh dekat geng bodoh tuh . kita nampak kan sekarang apa jadi dengan dorang ? tak kemana pun . tak macam kita kan ? kuat kan semangat . jangan malas ! aku sayang kau rindu sangat <3   
syikin saiman . kembar kuh ! owhhh tak ! aku tak nak kembar dengan kau ! eykn studen baru methodist mase tuh kecoh satu sekolah tengah syok aku makan "dalam class" shuhhhhh . kene gegar dengan budak class sebelah . wehhh elly ade kembar! punye terkejut aku sampai nk tercekik nuget yang aku makan . tak caye ! so buat bodoh jelah . ada ke dorang paksa aku pergi class O nak tangok kami same ke tak bodoh ! last2 semua gelak dorang cakap muke kami sama . TAK ! TAK ! TAK ! tngok lama2 muka dye macam bapak aku lah .hahaha ..aku malas nk tangkap gambar sama dengan dye . mesti ada orang tegur . pantang jalan same kat sekolah . "kembar -kembar " bangang dorang ni tau . sampai mak pun cakap muka kami sama "tengok lah tuh rambut serabai same"hahha. sampai mase balik sekolah mak dah salah org ingat eykin tu aku . tapi apa apa pun aku lagi HOT dari eykin kn . "tak nk kalah" haha babe rindu sangat lame tak jumpa kan .lov you kembar <3  ..
                                                                                                                                                                                                  



  • sekarang kami sebuk dengan hal masing-masing . semua dah sambuang belajar di tempat yang berlainan . paling jauh ayam uitm melaka , kalidah institut baitulmal kl , eykin ptptl shah alam nadia duk goyang kaki je kat rumah .
  • bile nak lepak same macam dulu :(
  • dulu dorang selalu datang rumah aku . dorang paham kan ? aku susah nak keluar so , hve fun dekat rumah je .best sangat2 .
  • ingat lagi video2 kita ?hahaha
  • korang memang suka sepah kan bilik aku kan? last2 aku yang kena kemas sorang.
  • dorang suka kerja kan baju aku .habis satu almari
  • tangkap gambar macam nak gila . last2 xupload pun kan . 
  • ingat tak 25 november ? time tuh aku bebas kan ?korang bawak aku jalan . kita hangout sama2 best sangat sampai tak nak balik . 
  • mimi pun rindu sangat kat dye <3
  • bile kte dapat hng out sekali macam dulu ?semua ada mase tuh . sekarang :'(
  • apa pun aku sayang sangat korang !!
ingat lagi kan mase nih . SPM weh !! orang study kita . mengila! snap picture bagai nak rak kan ?haha.happy sangat mase nih thnks korang datang teman aku kat rumah . terima kasih faham keadaan aku mese ni .mase ni macam-macam hal jadi kan . kembar kita sama-sama putus cinta(ayat tak bole bla)kn? kau dengan si F aku dengan M . macam-macam kita plan kan mase tuh konon! nak pergi vacation last2 habuk . haha.ingat tak banyak kita buat dekat rumah aku kan . video kita ! hahaha kalidah OVER lah kau . 

25 november .happy birhday elly .genap 17 tahun mase tuh . gile seronok dapat keluar . thnks abah bagi adik kebebasan mase tuh . korang ! aku suke . korang bwk aku jlan2 .hngout paling best dgn korang kan mase tuh.tak sedar hari dah gelap .klang kabut aku kan .takot kene marah !haha.


memang aku je yang selalu jadi ass korang kan . tukang tangkap gambar .yang jadi mangsa handfon aku ..huu cybershoot ! ngekkk la korang . hilang sudah handfon tuh :( banyak kenangan dengan fon tu kan ? sorry abang :'(  mase nih kita pergi klcc kan ? lepas habis SPM . aku,mimi,ayam,kelly,eykin,ryna


apesal GEDIX sangat weh!
haha.kes lepas geram dkt genk THE BECHOK.

Rahman daughter

Ellyqamyla bt rahman nama diberi . ABAH(Rahman Ahmad) dan EMAK(Fareedah Abd Aziz)  tahun 2010 ini berumur 18tahun dilahirkan pada 25 november 1992 di hospital pusrawi Kuala Lumpur . anak jati kuala lumpur yang sekarang menetap di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur Bangsar . mempunyai tiga orang adik beradik termasuk aku . syukur dikurniakan seorang abang yang sangat bertanggung jawab dan penyayang Eddy Jaffar dan seorang kakak ellyna . sukar diungkap dan gambarkan perwatakan diri ini seorang kurang bercakap dan susah untuk bercakap dan bergaul dengan orang yang baru dikenali . amat senang menitiskan air mata , amat pentingkan kepuasan diri orang lain berbanding diri sendiri , sanggup bersusah payah demi orang lain (bodoh kn ?) semua keputusan tentang apa sahaja ditentukan ibu dan bapa aku. aku tidak diberi kebebasan untuk membuat keputusan tentang semua perkara(itu lebih berkat)wlw pun hati aku terpaksa melakukan sesuatu perkara. semua manusia didunia tidak dilahirkan dengan kesempurnaan sepenuhnya pasti ada kekurangan begitu juga aku . diri ini tak lekang dek dosa . senang untuk aku ungkapkan kehidupan(sunyi&sepi)
kehidupan
rasa terkongkong yang sentiasa hadir dalam jiwa kadang kala pemberontakan yang tak lekang . aku ingin manjadi seperti remaja lain . bebas melakukan apa sahaja yang terlintas difikiran . belajar daripada kesilapan itukan lebih baik dari langsung tidak kenal tentang erti cabaran dan rintangan dalam setiap kehidupan . terlalu bnyak yang telah aku hadapi sebelum ini . masaalah pergolakan keluarga yng tak pernah terhenti . masaalah pergaulan yang tak pernah ada penghujungnya .bermulalah dari primary methodist girl school sehinggalah ke university Tun Abdull Razak .terpaksa korbankan impian demi memuaskan hati abah . aku akan cuba untuk paksa diri untuk cintakan bidang tersebut walaupun tersasar jauh dari impian aku yang sebenar .
Impian

mpian hanya tinggal khayalan, tetapi aku tak akan berhenti berusaha untuk kecapi impian tersebut walaupun hari ini aku tersasar jauh dari impian yang sebenar . bercita-cita untuk mendalami ilmu kesenian tidak kiralah dalam apa jua bidang . mungkin jika berpeluang aku teringin untuk merasai kesemua bidang yang dinamakan seni . aku ingin menjadi seorang anak seni yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi . aku bercita-cita untuk memajukan lagi industri perfileman negara ke peringkat antarabangsa . turur bersama mengejar kemodenan dengan negara luar . berlumba-lumba meningkatkan kualiti setanding atau jauh lebih tinggi dengan negara luar . seperti yang kita lihat industri perfileman dimalaysia kini semakin mundur . kenapa filem dan drama-drama sekarang sukar untuk melekat di hati kita ? dimana silapnya ? pada skripnya  ? cara pengarahan directornya ? juru kemera dan produksinya ? para pelakon ? dimana silapnya ? kenapa filem-filem sekarang sukar untuk berada lama di carta pawagam ? kenapa filem-filem sekarang tidak seperti filem P.Ramlee ? Deddy M.Borhan yang mengarahkan filem azura sehingga mencatatkan filem melayu pertama malaysia yang berjaya mencatat carta Box-Office . Dato yusof Haslam , Yasmin Ahmad , Rasyid Sibir , Afdlin Syauki , Aziz M.Osman jenerasi-jenerasi peganti syamsul yusof , pierre Aundre , Farid Kamil aku teringin jadi seperti mereka . bukan hanya pada bidang pengarahan aku juga amat meminati bidang penulisan sehingga sekarang aku cuba memperbaiki cara pengarangan dari masa ke semasa . aku juga teringin mengkaji dan memberi kesegaran semula kesenian yang semakin lapuk ditelan zaman seperti wayang kulit , mak yong dan cara pengurusan di sebalik tabir ,teater . harapan menjadi harapan tanamkan azam dan tanam semangat pasti akan hadir sinar jawapan .                                                                                                                                                                                          
fara slalu ckp "elly budak manje" sudah semestinya la kan.mungkin sifat dikongkong dan segala-galanya tentang aku mak dengan abah yang uruskan . tapi aku beruntung sebab ada kawan-kawan yang sentiasa ada disisi aku tak kira masa aku senang dan susah. syukur mereka memahami kehidupan aku yang kurang kebebasan macam remaja-remaja lain. ex student senior methodist girl school (MGS) dari situ aku mula belajar erti kehidupan , belajar kenali manusia tapi masih sukar untuk mengerti . melanjut kan pelajaran ke unitar makin banyak cabaran yang aku perlu tempuhi , makin kuat cabaran hidup . pelbagai-bagai jenis manusia yang aku jumpa . aku masih lagi terkapai-kapai mencari sesuatu yang aku sendiri tidak mengerti . syukur aku bertemu insan yang sentiasa ada disamping dan menjadi pembimbing aku untuk terus hidup didunia penuh cabaran ini.                                                                                                                                                                                                                                                                   
 sunyi aku rasa .duduk rumah tiada teman untuk bersembang , berkongsi masaalah , bergurau . nasib ada peneman yang sentiasa ada dari aku kecil hingga dewasa sekarang dia saja tempat pengubat luka buat sementara . 


akak syg ayu <3